Friday, May 1, 2009

REFLEKSI DIRI

Program Bina Insan Guru Peringkat 2


Program Bina Insan Guru Peringkat 2 (BIG II) diadakan di Pulau Pangkor pada 10-19 April 2009. Tujuan utama Program BIG II adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar bagaimana untuk merangka, mengurus dan melaksanakan aktiviti luar dengan berkesan disamping membina ketahanan dari segi fizikal dan mental dalam mengharungi cabaran dalam aktiviti-aktiviti yang disusun dalam program ini.

Keyakinan diri, kerjasama kumpulan, ketepatan masa, perancangan secara bijak dan bersistematik merupakan antara nilai-nilai murni yang berjaya diterapkan sepanjang program BIG II berlangsung. Sepanjang menjalani program ini, pelajar didedahkan dengan penerapan ciri-ciri yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) iaitu keseimbangan dari segi fizikal, mental, rohani serta intelektual dengan harapan bakal menjadi guru yang bukan sahaja mampu mengajar bahkan memimpin diri, pelajar dan masyarakat bagi merealisasikan aspirasi pendidikan negara.

Pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan sememangnya mencabar fizikal dan mental sehingga pada awalnya kebanyakan pelajar DPLI menyangka mereka sukar untuk melakukanya. Namun berbekalkan semangat juang yang tinggi dan semangat yang diberikan oleh barisan pensyarah, mereka melaksanakanya dengan jayanya.

Peningkatan disiplin dan ketepatan masa juga semakin baik dikalangan pelajar DPLI semasa program BIG II dijalankan berbanding sikap yang ditunjukan oleh pelajar ketika BIG I yang lepas. Diharapkan perubahan ini berkekalan.

Dari sudut fizikal, mereka diuji dengan aktiviti seperti berkayak, jungle tracking dan eksplorasi pulau. Ketahahan diri untuk melalui aktiviti lasak diserap ke dalam diri setiap pelajar. Dari sudut mental pula mereka telah berjaya mengatasi persepsi awal yangmana kurang yakin terhadap kemampuan diri mereka untuk bertahan dan menamatkan aktivit tersebut. Aspek rohani jelas ditonjolkan dengan penerapan konsep usaha, doa dan tawakal sepertimana dituntut dalam agama pada setiap pagi dan aktiviti yang mengundang risiko seperti aktiviti Night Camp.

Ciri-ciri intelektual digambarkan dengan kemahiran dan pengetahuan untuk merangka, mengurus dan melaksanakan aktiviti luar dengan berkesan. Selain daripada itu, ciri intelektual dipraktikan melalui mencari jalan penyelesaian ketika berhadapan dengan pelbagai dugaan sepanjang Program Bina Insan Guru II diadakan.

No comments:

Post a Comment