Friday, May 1, 2009

ULASAN KULIAH : GGGB5023 KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN : Minggu pertama


Pada kuliah minggu pertama, saya didedahkan kepada pekara-pekara berikut:

I. Definisi kajian tindakan
II. Sejarah kajian tindakan
III. Kepentingan kajian tindakan


Definisi kajian tindakan

Dapat disimpulkan bahawa kajian tindakan merupakan penyelidikan sistematik untuk elemen pengajaran dan pembelajaran. Ia bertindak seperti serampang dua mata yang mensasarkan peningkatan latihan dan menyumbang pengetahuan teori supaya dapat disesuaikan dengan situasi pendidikan untuk faedah pembelajaran pelajar (Lin, 2009).

Sejarah kajian tindakan

Kebanyakan maklumat merujuk Kurt Lewin, seorang ahli psikologi Amerika sebagai pengasas kepada kajian tindakan yang diilhamkan sekitar 1940- an.


Kepentingan kajian tindakan

Tujuan asas bagi pedagogi kajian tindakan adalah melibatkan penyelidikan secara sistematik bagi melihat secara mendalam sesuatu amalan atau proses pengajaran dan pembelajaran yang digunapakai bagi mencari kelemahan serta permasalahan yang dihadapi seterusnya menyediakan kerangka penyelesaian kepada permasalah tersebut supaya meningkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran.

No comments:

Post a Comment