Monday, May 25, 2009

ULASAN BUKU KAJIAN TINDAKAN

Tajuk Buku : Action Research in Teaching & Learning : A Practical guide to conducting pedagogical research in universities.

Penulis : Lin S. Norton

Tahun : 2009

Penerbit : Routledge Taylor & Francis Group

Tempat Terbit : New York, USA

1. KONSEP KAJIAN TINDAKAN

Terdapat dua konsep kajian tindakan berbeza yang diterjemahkan di dalam buku ini iaitu terbahagi kepada dua tradisi

a) Tradisi British : Mengaitkan kajian tindakan sebagai medium untuk mempertingktkan orientasi kemahiran proses pendidikan.

b) Tradisi Amerika : Menyatakan bahawa kajian tindakan atau penyelidikan sebagai agen perubahan sosial.

Walaupun kedua-dua konsep kajian tindakaan yang dikemukakan seakan-akan jauh berbeza namun pekara pokok yang menjadi pegangan dalam konsep kajian tindakan adalah sama iaitu hasil kajian atau penyelidikan dijadikan panduan untuk penambahbaikan sesuatu aspek yang dimajukan.

Menurut Carr dan Kemmis (1986), kajian tindakan diaplikasikan dalam bentuk refleksi diri sendiri yang diambil oleh seseorang dalam kehidupan dengan tujuan meningkatkan kerasionalan dalam perlakuan seharian, mendalami amalan harian yang dilakukan dan mencari situasi yang sepadan dengan amalan yang digunakan.

2. TUJUAN KAJIAN TINDAKAN DALAM PENDIDIKAN

Pelbagai tujuan kajian tindakan dilaksanakan dalam bidang pendidikan. Setiap tujuan tersebut bukan sahaja mempunyai perananya yang tersendiri tetapi juga menjadi pelengkap diantara satu sama lain kerana dalam menjawab setiap permasalahan yang timbul, lebih daripada elemen digunapakai.

Apa yang dapat diperhatikan melalui buku hasil penulisan Lin S. Norton, pegangan asas pedadogi kajian tindakan adalah penyelidikan secara sistematik terhadap amalan pengajaran dan pembelajaran, yang mana bertindak sebagai serampang dua mata untuk mempertingkatkan kualiti pengajaran dan menyumbang kepada peningkatan ilmu pengetahuan dalam memperkasakan pembelajaran pelajar.

Selain daripada itu, peranan kajian tindakan dalam pendidikan meliputi:

i. Sebagai latihan kepada sistem akedemik universiti untuk menganalisis proses pengajaran dan pembelajaran yang dipraktikan.

ii. Menjadi salah satu kaedah kajian dan kepakaran dalam bidang akedemik universiti.

iii. Membantu bagi mewujudkan pemikiran yang reflektif terhadap permasalahan yang wujud untuk mencari penyelesaianya.

iv. Sebagai alat bantu untuk mempertingkatkan keefisienan dalam bidang pendidikan.

v. Salah satu cara untuk mencabar kepercayaan, konsep dan teori sedia ada dalam ruang lingkup pendidikan.

vi. Kaedah untuk menambah pengalaman pendidikan kepada pelajar dan sekaligus mempertingkatkan prestasi akedemik mereka.

vii. Proses yang membolehkan pihak pendidik menilai tahap pengetahuan mereka dalam pengajaran dan pembelajaran.

viii. Bertindak sebagai satu pendekatan yang membolehkan pendidik memahami dengan lebih mendalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).

ix. Meneruskan perkembangan sektor pendidikan secara professional.

x. Menambahbaik kualiti pengajaran dan pembelajaran.

xi. Salah satu cara untuk mencetuskan suatu cabang pengetahuan yang baru.

xii. Menjadi pendekatan kepada pengkaji untuk memahami bagaimana sesuatu perubahan atau amalan dijalankan dalam konteks sosial.

xiii. Untuk memperbaiki jurang teori-praktikal dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

(Lin S. Norton, 2009)

3. REKABENTUK KAJIAN TINDAKAN

I. Model

Penulis menggunapakai kerangka kerja yang dipromosikan oleh Fanghanel sebagai model untuk rekabentuk kajian tindakan. Istilah tapisan (filters) dilazimkan oleh beliau dalam pedagogi kajian tindakan. Menerusi konsep tapisan, pelbagai faktor yang kompleks mempengaruhi setiap keputusan yang diambil. Setiap faktor dan keputusan merangkumi tapisan demi tapisan yang dilaksanakan dalam kajian tindakan.

Fanghanel mengemukakan tiga peringkat amalan akedemik. Bagi setiap peringkat, komponen yang terkandung didalamnya merupakan tapisan yang dimaksudkan.

a. Peringkat makro yang meliputi institusi, faktor-faktor luaran, pasaran akedemik dan proses kajian-pengajaran yang berterusan.

b. Peringkat meso merujuk kepada bahagian, jabatan (seumpama denganya) dan juga disiplin atau elemen dalam subjek.

c. Peringkat mikro bermaksud faktor-faktor dalaman yang mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran individu.

II. Sampel

Buku ini menekankan kajian Fanghanel yang mengambil 18 pensyarah daripada 15 disiplin ilmu yang berbeza dalam memperkatakan kajian tindakan sepertimana kerangka kerja yang dicadangkanya.

III. Penetapan Kajian

Umumnya, kitaran kajian tindakan adalah dimana pengkaji merancang, mengambil tindakan, mengkaji dan bertindak balas terhadap sesuatu pekara. Ringkasan pendekatan Kurt Lewin dalam membincangkan penetapan kajian tindakan adalah seperti berikut:

a. Mengkaji atau mendapatkan sesuatu aspek yang ingin diperbaiki.

b. Merangka tindakan bagi melaksanakan perubahan amalan atau cara kerja dalam aspek tersebut.

c. Melaksanakan perubahan yang direncanakan.

d. Melihat dan mengkaji tindak balas yang diperolehi daripada perubahan yang dilakukan.

Kebiasaanya, akan berlaku kitaran semula dalam kajian tindakan seperti melihat kembali tindak balas yang berlaku, kajian semula dan merangka semula kajian. Matlamatnya adalah tetap sama iaitu mendapatkan penyelesaian atau pendekatan paling efisien dan paling tepat dalam menangani permasalahan yang wujud.

4. PROSEDUR KAJIAN TINDAKAN

Secara mudahnya prosedur kajian tindakan diterjemahkan seperti di bawah

Langkah 1 : Mengenalpasti masalah / paradigma / isu / kesukaran

Langkah 2 : Memikirkan jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah

Langkah 3 : Melaksanakan jalan penyelesaian yang dipilih

Langkah 4 : Mentaksir keputusan dan hasil kajian

Langkah 5 : Mengubahsuai amalan dan cara kerja pada masa depan

Ciri-ciri bagi kajian tindakan mengandungi tujuh komponen:

a. Amalan sosial (Social Practice)

b. Perubahan ke a rah peningkatan (Aimed towards improvement)

c. Kitaran (Cyclical)

d. Inkuri bersistematik ( Systematic enquiry)

e. Tindak balas (Reflective)

f. Penglibatan (Partipative)

g. Penentuan oleh pihak yang terlibat (Determined by the practitioners)

5. PENGUMPULAN DAN PENGANALISISAN DATA

I. Instrumen Kajian

Menurut Lin S. Norton (2009), terdapat 2 instrumen kajian dalam buku yang dihasilkanya iaitu alat kajian berdasarkan soal selidik dan satu lagi ialah adaptasi kaedah temubual. Alat kajian berdasarkan soal selidik merupakan instrumen yang direka berdasarkan jaringan soalan yang akan memperlihatkan ukuran kendiri bagi setiap respondan yang terlibat. Adaptasi kaedah temubual pula melibatkan pengkajian memberikan soalan secara lisan kepada respondan.

II. Teknik Pengumpulan Data

Teknik pengumpulan data terbahagi kepada dua iaitu menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif.

III. Etika Kajian Tindakan

Terdapat tiga prinsip asas dalam etika kajian tindakan iaitu persetujuan perkongsian maklumat, etika kerahsiaan dan perlindungan respondan.

IV. Kebolehpercayaan dan Kesahan

Analisis kuantitatif digunakan dalam kajian tindakan bagi kaedah

a. Eksperimen

b. Kajian sikap atau soal selidik

c. Kajian tinjauan yang melibatkan pengiraan

d. Prosedur melibatkan maklumat yang melibatkan kuantiti

Untuk aspek kebolehpercayaan dan kesahan elemen-elemen statistik seperti kecenderungan memusat (min, media dan mod). Ukuran pembolehubah juga diaplikasikan dalam kajian dijalankan. Perisian SPSS (Statictical Package for Social Science) turut digunakan untuk menjalankan Ujian Kolerasi (Correlation test) dan sebagainya.

6. PENILAIAN KESELURUHAN BUKU

Buku Action Research in Teaching & Learning : A Practical guide to conducting pedagogical research in universities lebih menekankan aspek kajian tindakan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran di peringkat universiti. Secara keseluruhanya, saya boleh membahagikan buku ini kepada empat bahagian utama.

Bab 1-bab 4 : Pengenalan kepada konsep dan perkembangan kajian tindakan.

Bab 5-bab 9 : Prosedur dan pelaksanaan kajian tindakan.

Bab 10 : Etika yang diamalkan dalam melaksanakan kajian tindakan.

Bab 11 : Proses penyebaran maklumat kajian tindakan kepada umum.

RUJUKAN

Carr. W, & Kemmis. S. 1986. Becoming Critical : Knowing Through Action Research. Lewes : Falmer Press.

Lin. S, N. 2009. Action Research in Teaching & Learning : A Practical guide to conducting pedagogical research in universities. New York : Routledge Taylor & Francis Group.

No comments:

Post a Comment